Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Moldova Maia Sandu
2024-11-08 11:30:51 CRI
Presiden China, Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Maia Sandu atas kemenangnya dalam pemilihan Presiden Moldova, pada Rabu.
Xi menyatakan bahawa China dan Moldova adalah sahabat baik sejak dahulu kala. Hubungan kedua-dua negara mengekalkan perkembangan mampan manakala kerjasama dua hala di bawah rangka inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berjalan lancar pada beberapta tahun lalu.
Xi berkata bahawa beliau amat mementingkan perkembangan hubungan antara China dengan Moldova dan bersedia bersama-sama dengan Presiden Maia Sandu untuk membimbing hubungan kedua-dua negara berkembang mantap untuk jangka masa panjang.