Minggu Kerjasama Rakan Media ASEAN Dirasmikan di Guangxi

2024-11-08 15:28:30  CRI
Share with:

Minggu Kerjasama Rakan Media ASEAN anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dirasmikan di bandar Guilin, hari ini. 


Lebih 200 pegawai kerajaan, wakil media, pakar dan sarjana dari China dan negara-negara ASEAN akan mengadakan dialog dan pertukaran mengenai tema "Kualiti Baharu, Kewujudan Bersama dan Peradaban".

Timbalan Ketua Pengarang CMG, Fan Yun ketika berucap pada majlis perasmian itu berkata bahawa pertukaran rakyat dengan rakyat adalah asas usaha China dan ASEAN untuk menghadapi masa depan dan berjalan sehaluan. 


"Tahun ini ialah Tahun Pertukaran Kemanusiaan China-ASEAN. CMG bekerjasama dengan wilayah Guangxi menganjurkan Minggu Kerjasama Rakan Media ASEAN, demi mengeratkan hubungan kerjasama antara China khususnya Guangxi dengan rakan-rakan dari pelbagai kalangan masyarakat di ASEAN demi mewujudkan pembaharuan dan pembangunan bersama," kata Fan. 


Program lawatan rakan ASEAN di Guangxi turut dilancarkan pada majlis tersebut.