China Bantah Interaksi Rasmi AS, Taiwan

2024-11-08 14:30:49  CRI
Share with:

China membantah interaksi rasmi antara Amerika Syarikat (AS) dengan Taiwan dalam apa jua bentuk, dan pendirian tersebut adalah jelas dan konsisten. 


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar di Beijing pada Khamis. 


Beliau berkata, isu Taiwan merupakan isu yang paling penting dan sensitif dalam hubungan China-AS.


"Kerajaan AS patut menaati prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, mengendalikan isu Taiwan dengan berhati-hati supaya mengelakkan kerosakan hubungan China-AS serta kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan," kata Mao.

播放地址不存在