Presiden Xi Bertemu Presiden Itali Mattarela
Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Itali, Sergio Mattarella di Beijing pada petang Jumaat.
Xi menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 jalinan perkongsian strategik komprehensif China-Itali. Kedua-dua negara mengeluarkan pelan tindakan untuk meningkatkan hubungan tersebut, dan senada untuk mempertahankan semangat Jalan Sutera demi melonjakkan hubungan kedua-dua negara ke tahap baharu.
Mattarella pula mengatakan bahawa pihaknya berpegang teguh pada prinsip satu China dan tetap menganggap China sebagai rakan kerjasama yang penting.
Beliau turut menzahirkan harapan supaya memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi.