CIIE Jadi Platform Syarikat Asing Lancarkan Produk Terbaharu

2024-11-09 14:54:17  CRI
Share with:

Sebagai platform perkongsian hasil kerjasama dan inovasi di persada antarabangsa, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) telah menyaksikan penampilan sulung hampir 2,500 produk, teknologi dan perkhidmatan terbaharu, dalam enam edisi sebelum ini.


Dalam pada itu, CIIE edisi ketujuh pada tahun ini buat kali pertama menyediakan zon khas bagi mempamerkan bahan baharu, melibatkan lebih 400 produk membuat debut di sini.


CIIE ialah pameran peringkat kebangsaan pertama di dunia yang mengkhususkan tema import. Ia menjadi platform bagi syarikat antarabangsa melancarkan produk terbaharu mereka untuk memasuki pasaran China, selain membula "laluan terus" bagi produk dan teknologi baharu untuk dipasarkan di negeri China.

Dengan populasi lebih 1.4 bilion dan lebih 400 juta golongan berpendapatan sederhana, pasaran besar di China menyediakan tempat ujian dan tapak pelancaran yang amat baik bagi produk dan teknologi baharu dari seluruh dunia.


Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak syarikat asing memilih untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka di China, dan mempromosikan inovasi melalui platform CIIE, hingga melakar hasil yang amat memuaskan.


Boleh dijangkakan bahawa pada CIIE yang diadakan setiap tahun, syarikat asing akan mendapat bukan sahaja pesanan, pasaran, dan idea, malah juga peluang tak terhingga yang dibawakan pembinaan modenisasi ala China.