"Slot China", Bulan Pameran Program Audiovisual China Dilancarkan di Peru
2024-11-09 16:17:28 CRI

Majlis pelancaran "Slot China" iaitu bulan pameran program audiovisual China di Peru dilancarkan di Lima, pada Rabu.
Presiden Kongres Peru, Eduardo Salhuana Cavides dalam perutusan tahniahnya menyatakan bahawa dengan usaha bersama kedua-dua pihak, komunikasi kebudayaan antara Peru dan China pasti akan membuahkan hasil yang lebih besar dan memainkan peranan positif bagi menggalakkan persefahaman dan pertukaran lawatan sesama rakyat.

