NPC Bersidang di Beijing, Lulus Undang-undang Pendidikan Prasekolah

2024-11-09 14:33:57  CRI
Share with:

Sidang ke-12 Jawatankuasa Tetap ke-14 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) berakhir di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada petang Jumaat.


Sidang itu telah meluluskan undang-undang pendidikan prasekolah, pindaan Undang-undang Perlindungan Peninggalan Kebudayaan, pindaan Undang-undang Sumber Perlombongan, undang-undang tenaga, dan pindaan Undang-undang Anti Pengubahan Wang Haram.