Presiden China, Itali Bertemu Wakil Persidangan Kebudayaan, Dialog Universiti
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Itali, Sergio Mattarella bertemu dengan wakil-wakil yang menghadiri Persidangan Mekanisme Kerjasama Kebudayaan China-Itali dan Dialog Presiden Universiti China-Itali, di Beijing pada Jumaat malam.
Xi mengatakan bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini, Mekanisme Kerjasama Kebudayaan China-Itali telah mendorong penganjuran Tahun Kebudayaan dan Pelancongan antara kedua-dua negara, selain merintis model penjalinan hubungan berkembar antara Tapak Warisan Dunia UNESCO dari kedua-dua negara.
Sementara itu, Xi berkata, institut pengajian tinggi (IPT) dari kedua-dua negara secara proaktif mengadakan pertukaran akademik dan belia, meluaskan pengajian bersama dalam subjek baharu, dan mencapai hasil yang cemerlang.