Filipina Digesa Henti Tindakan Rumitkan Situasi di LCS
China membantah keras kelulusan dua undang-undang baharu oleh Filipina, iaitu Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina yang merangkumi Pulau Huangyan dan kebanyakan wilayah kepulauan Nansha ke dalam wilayah Filipina secara haram, menurut kenyataan Jawatankuasa Luar Kongres Rakyat Kebangsaan China pada Jumaat.
Kenyataan itu menyebut, tindakan pihak Filipina tersebut telah menceroboh kedaulatan China dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan (LCS).
Filipina digesa menghentikan tindakan haram yang mencabuli kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China, mengelakkan tindakan sepihak yang merumitkan situasi di LCS, serta berhenti merosakkan hubungan China-Filipina serta kedamaian dan kestabilan di perairan tersebut.