Presiden Xi Bertemu Presiden Indonesia Prabowo

2024-11-10 15:29:41  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Prabowo Subianto di Dewan Besar Rakyat Beijing pada petang Sabtu.

Xi berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 pengumuman Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai, manakala tahun depan menandakan ulang tahun ke-70 Persidangan Bandung. 

Beliau menyatakan bahawa China bersedia meningkatkan koordinasi strategik multilateral yang lebih erat dengan Indonesia, menentang unilateralisme dan amalan perlindungan, agar mendorong kepelbagaian pola dunia yang sama rata dan teratur dan globalisasi ekonomi yang inklusif dan mengutungkan semua, selain bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Prabowo pula menyatakan, tatkala menghadapi situasi antarabangsa yang rumit pada masa ini, Indonesia berharap untuk mengintensifkan koordinasi strategik dengan China dalam segenap aspek supaya kedua-dua negara ini dapat menjadi rakan strategik komprehensif yang lebih erat. 


Beliau menekankan bahawa Indonesia menyokong tiga inisiatif yang digagaskan Presiden Xi, dan bersedia meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan China dalam rangka pelbagai hala seperti Kumpulan 20 (G20) agar membuat sumbangan demi memelihara kepentingan bersama Selatan Global, mendorong kepelbagaian pola dunia dan mempromosikan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.


Kedua-dua pihak juga telah mengeluarkan “Kenyataan Bersama China-Indonesia untuk Memajukan Perkongsian Strategik Komprehensif dan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Indonesia”.