Niat Politik Filipina di Sebalik Dua Akta Pasti akan Gagal

2024-11-10 15:58:07  CRI
Share with:

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr pada Jumaat menandatangani dua undang-undang baharu, iaitu Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina yang merangkumi Pulau Huangyan dan kebanyakan wilayah kepulauan Nansha China ke dalam wilayah Filipina secara haram.


Tindakan tersebut bukan sahaja berniat untuk mengukuhkan keputusan kes timbang tara pertikaian di Laut China Selatan (LCS) yang haram, tetapi juga taktik baharu kerajaan Marcos mengenai keselamatan negara dan polisi dipomatik. 


Jika dipandang dari masa, 13 tahun telah berlalu sejak Akta Zon Maritim Filipina diusulkan hingga ditandatangani. Begitu juga kelulusan Akta Laluan Laut Kepulauan yang mengambil masa panjang. Mengapa kedua-dua akta itu ditandatangani pada masa ini?


Menurut analisis Pengarah Pusat Pengajian Tentera Laut Dunia Institut Pengajian Laut China Selatan Chen Xiangmiao, Filipina yang meluluskan akta tersebut pada hari kedua pengumuman keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ada tiga sebab. 


Pertama, Filipina ingin menggunakan situasi antarabangsa yang bergolak dan pilihan raya AS yang baru berakhir untuk mengurangkan perhatian komuniti antarabangsa daripada kelulusan kedua-dua akta tersebut. 


Kedua, Filipina ingin menjadikan tindakan haramnya di LCS realiti, supaya terus mencari sokongan dari pemerintah baharu AS. 


Ketiga, kerajaan Filipina juga ingin menunjukkan sikap berbaik dengan kerajaan baharu AS melalui tindakan "mencabar China".


Walau bagaimanapun, niat politik Filipina tersebut pasti akan gagal kerana kedua-dua akta tersebut menceroboh kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China di LCS, melanggar prinsip "penyelesaian pertikaian melalui dialog dan rundingan" yang termaktub dalam Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), serta mencabuli undang-undang antarabangsa.


Sebagai negara pemeterai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), Filipina salah menggunakannya untuk menceroboh hak dan kepentingan negara lain, pasti akan membawa impak besar kepada kedamaian dan kestabilan di LCS .


LCS merupakan laut damai, bersahabat dan kerjasama. Namun, langkah-langkah Filipina melanggar aspirasi bersama rakyat serantau.


Filipina digesa menghentikan tindakan haram yang melanggar kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China dan berhenti tindakan sepihak yang merumitkan situasi di LCS. Jika negara itu berdegil meneruskan tindakan provokatif, China pasti akan mengambil tindakan balas yang sewajarnya.