Warga Emas Hidup Mudah Berkat Perkhidmatan Kantin Komuniti

2024-11-11 15:17:09  CRI
Share with:

Sebanyak 40% lebih penduduk di 14 taman perumahan di bawah pentadbiran Pejabat Pengurusan Jalan Dingzigu di daerah Hongqiao bandar Tianjin merupakan warga emas, yang mempunyai permintaan besar terhadap perkhidmatan kantin dan penghantaran makanan. Sejak tahun ini, pihak berkuasa tempatan telah menyusun atur beberapa sektor yang terbabit dan berjaya membuka sejumlah kantin komuniti mesra rakyat, yang membolehkan para penduduk menikmati perkhidmatan kantin pada harga berpatutan, yang menunya lengkap dan makanannya berkualiti.