Ekspo Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China ke-15 Buka Tirai

2024-11-12 13:08:12  CRI
Share with:

Ekspo Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa China yang juga dikenali sebagai Airshow Zhuhai ke-15 telah membuka tirai di bandar Zhuhai, provinsi Guangdong pagi tadi.

Sebanyak 1,022 buah syarikat dari 47 buah negara dan kawasan hadir sebagai pempamer. Peningkatan penglibatan pempamer asing sebanyak 104% berbanding edisi tahun yang lalu, dan pameran secara berkumpulan yang dikendalikan sebahagian negara seperti Rusia, Perancis, Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi dan Itali, mencerminkan sejumlah besar konglomerat penerbangan berikrar mempelopori pasaran China.

Sebanyak 13 buah balai pameran berada dalam keadaan operasi, iaitu yang terbanyak dalam sejarah Ekpspo, dengan melibatkan premis dalam bangunan seluas 120 ribu meter persegi yang merupakan 15 kali ganda daripada edisi sulung.


Zon pameran dron dan kapal tanpa pemandu dengan luasnya kira-kira 330 ribu meter persegi, tersedia buat kali pertama dalam Airshow Zhuhai ke-14 pada tahun ini yang digelar sebagai "tahun pertama ekonomi udara rendah". 


Sementara itu, para pengunjung berpeluang mendapat pendedahan yang mendalam tentang trend pembangunan sektor penerbangan dan berkongsi pencapaian teknologi frontier melalui kehadiran dalam sejumlah mesyuarat dan forum melibatkan ekonomi udara rendah.