Sidang APEC Dikehendaki Fokus kepada Pembangunan Digital, Kesalinghubungan dan Kerjasama Serantau
Minggu Sidang Kemuncak APEC telah membuka tirai di Lima, Peru pada 10 November. Ketika membicarakan topik-topik penting yang akan dijadikan fokus dalam persidangan kali ini, Ketua Pusat Pembangunan Mampan Universiti Columbia, profesor Jeffrey Sacha menekankan bahawa revolusi pendigitalan sudah menjadi semakin cepat, manakala China sudah berkembang dari zaman 5G ke zaman 5.5G dan akan menerajui perkembangan teknologi 6G.
Menurut beliau, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembinaan bersama sangat relevan untuk mendorong kesalinghubungan sejagat. Pembinaan dan pelaburan yang berkaitan dengan infrastruktur termasuk pelabuhan, landasan kereta api dan rangkaian gentian optik, serta ketersambungan dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB) patut digalakkan antara pelbagai negara.
Sachs lagi menunjukkan bahawa kerjasama antara China dengan ASEAN dan Amarika Latin amat penting, terutamanya pendigitalan dan pelaburan yang dilakukannya yang dipercayai boleh membawa pengaruh besar dan berterusan kepada ekonomi sejagat.