Xi Balas Surat Tokoh Bersahabat Brazil

2024-11-12 12:08:29  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping menerusi surat balasan menggalakkan tokoh bersahabat dari pelbagai lapisan masyarakat di Brazil untuk terus menyumbang kepada persahabatan China-Brazil.


Xi berkata beliau gembira melihat persahabatan antara China dengan Brazil diwariskan dari generasi ke generasi, sambil menambah bahawa sejak terjalinnya hubungan diplomatik 50 tahun lalu, dua negara berganding tangan ke hadapan sama ada susah atau senang dikongsi bersama sehingga menjalin persahabatan yang merentasi gunung dan lautan.


Menurut Xi, China bersedia bekerjasama dengan Brazil untuk memperkaya konotasi persahabatan kedua-dua negara pada era baharu, menjadikan hubungan berkenaan sebagai contoh baik perpaduan dan penyelarasan, pembangunan bersama dan manfaat dikongsi di kalangan negara membangun utama.


Beliau turut meluahkan harapan agar tokoh-tokoh berkenaan dari dua negara terus berperanan positif dalam menggalakkan pembangunan hubungan bilateral dan menyuburkan persahabatan China-Brazil bagaikan Sungai Yangtze dan Sungai Amazon mengalir tanpa henti.


Mutakhir ini, bekas timbalan datuk bandar Campinas dari Negeri Sao Paulo, Enrique Teixeira serta tokoh-tokoh dari Persatuan Persahabatan Brazil-China, Universiti Sao Paulo, Universiti Negeri Sao Paulo dan Orkestra Copacabana Fort di Rio de Janeiro masing-masing menulis surat kepada Presiden Xi.