China, Rusia Anjur Pusingan ke-19 Rundingan Keselamatan Strategik
Pusingan ke-19 rundingan keselamatan strategik serta mesyuarat ke-9 mekanisme kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan China-Rusia dijadual berlangsung di China pada 11 hingga 15 November.
Menurut jurucakap Kementerian Luar (MFA) Lin Jian, Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Rusia Sergei Shoigu menghadiri dua sidang berkenaan.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat, Wang Yi dan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC yang juga Setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Undang-undang Pusat, Chen Wenqing akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Shoigu.