Dokumentari CMG Disambut Hangat Penonton Amerika Latin
Terdapat lebih dua puluh program perfileman dan televisyen arahan Kumpulan Media China (CMG) termasuk dokumentari "Encounter with Xi Jinping", "A Road to Prosperity" dan "China Race to The Future" yang disiarkan di 30 media perdana di Lima, Peru dan Sao Paulo, Brazil telah mendapat sambutan yang hangat dari kalangan penonton.
Mantan Menteri Luar Peru, Dr. Hector Bejar Rivera menyifatkan "Encounter with Xi Jinping" satu dokumentari yang sangat bagus.
"Saya menganggap, pelbagai inisiatif anjuran Xi mencerminkan aspirasi khalayak ramai dewasa ini, iaitu setiap orang wajar menikmati peluang yang sama rata dalam dunia yang bersatu padu. Ia bukan sahaja sejajar dengan perdagangan global, tetapi juga kondusif bagi pertukaran kebudayaan," katanya.
Seorang penganalisis politik dari Peru, Jorge Perazzo berpendapat bahawa asal usul tamadun Inca dan China mempunyai banyak persamaan. Siri program penyiaran berkenaan melambangkan dialog yang mendalam antara kedua-dua peradaban itu.
Seorang penerbit dari Brazil, Giovani Caldano berkata bahawa di matanya China terserlah dengan ekonomi yang makmur dan seni bina yang moden.