Xi Utus Tahniah Ulang Tahun ke-100 Universiti Sun Yat-sen
2024-11-12 16:12:26 CRI
Presiden China Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena ulang tahun ke-100 penubuhan Universiti Sun Yat-sen.
Xi mahu universiti itu melaksanakan langkah bersepadu untuk memperkasa pembaharuan pendidikan dengan memfokuskan strategi penting negara serta keperluan pembangunan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau.
Beliau juga berharap universiti berkenaan memantapkan inovasi teknologi dan pemupukan bakat, sekali gus menyumbang kepada usaha membina negara kuat dalam pendidikan serta memacu modenisasi ala China.
Majlis meraikan ulang tahun ke-100 Universiti Sun Yat-sen berlangsung di Guangzhou pada Selasa.