Pelabuhan Chancay Siap Dibina di Peru
Pelabuhan Chancay di Peru sebagai satu pelabuhan mega yang baharu yang terletak di garis pantai Laut Pasifik akan siap dibina tidak lama lagi.
Pelabuhan multifungsi yang digelar sebagai "pintu gerbang menuju ke benua Asia" itu dibina oleh Korporat Perkapalan COSCO China, dan dijangka beroperasi pada hujung tahun ini. Landskap baharu akan dibentuk dalam perdagangan antara Amerika Selatan dengan Asia, dengan Peru muncul sebagai hab pekapalan utama di Pasifik Selatan yang boleh terus mengakses pasaran Asia.
"Terdapat banyak industri yang sudah merancang untuk bertapak di sini yang dipercayai akan menjadi hab logistik bagi Amerika Selatan," kata Pengurus Syarikat Perlu COSCO, Mario de las Casas.
Sementara itu, kaum tani dan nelayan tempatan juga terpengaruh oleh kesan limpahan yang akan dibawa ekonomi pelabuhan.