Lawatan Xi ke Peru, Momentum Baharu bagi Hubungan Bilateral
2024-11-13 11:27:40 CRI
Presiden China Xi Jinping akan menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi APEC ke-31 di Lima, Peru dan mengadakan lawatan rasmi dari 13 hingga 17 November, atas undangan rakan sejawatnya dari Peru, Dina Boluarte.
Menteri Luar Peru, Elmer Schialer Salcedo dalam temu bual dengan seorang juruacara China Global Television Network (CGTN), Tian Wei, berkata bahawa China merupakan rakan kongsi penting bagi Peru, dan kedua-dua negara akan menerima sepenuhnya peluang yang banyak bagi mengeratkan hubungan bilateral melalui lawatan Presiden Xi kali ini.