Tinjauan CGTN: Peranan China Pacu Kerjasama APEC Disanjung Tinggi

2024-11-13 15:02:45  CRI
Share with:

Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) edisi ke-31 bakal membuka tirai di Lima, Peru.


Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 86.4 peratus responden menyanjung prestasi APEC dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan memperkasa kerjasama serantau.


Dalam tinjauan itu, 85.2 peratus responden berpendapat semua negara perlu mengekalkan hala tuju ke arah multilateralisme dan globalisasi ekonomi, di samping berganding bahu membina ekonomi terbuka dan rangka kerjasama serantau.


Pada pendapat 89.5 peratus responden, semua negara perlu bertindak menentang fahaman perlindungan dalam apa jua bentuk.


Sebanyak 95.1 peratus responden pula menyanjung peranan China sebagai pemacu kerjasama ekonomi APEC serta komitmen negara Tembok Besar untuk memperluas keterbukaan dan aktif menyertai pelbagai urusan APEC.