"Selatan Global" Diseru Galakkan Bersama Globalisasi yang Inklusif

2024-11-14 11:35:50  CRI
Share with:

Dialog Kumpulan Pemikir "Selatan Global" kedua membuka tirainya di bandar Nanjing, provinsi Jiangsu China, pada hari ini.  


Ketika menyebut tentang latar belakang dan makna yang dibawa mesyuarat kali ini, Pengarah Jabatan Penyelidikan di bawah Pejabat Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Jin Xin menekankan bahawa "Selatan Global" perlu bersatu padu untuk menyeru dan menggalakkan globalisasi yang inklusif.

"Konflik Palestin-Israel dan krisis Ukraine yang berlarutan, beserta berlakunya sejumlah konflik yang berskala lebih kecil di beberapa tempat lain, mencerminkan realiti sekarang ini dalam bidang keselamatan konvensional. Saya mahu menegaskan peri pentingnya bagi 'Selatan Global' untuk membincangkan bersama-sama kaedah mewujudkan persekitaran antarabangsa yang lebih aman dan stabil.


"'Global Selatan' menyumbang lebih 40 peratus daripada jumlah ekonomi dunia, dan kadar sumbangannya kepada pertumbuhan ekonomi global melebihi 80 peratus dalam tempoh 20 tahun yang lalu.


"Namun, hak bersuaranya dalam bidang politik antarabangsa masih belum mencukupi. Dengan ini, China, negara-negara dalam pasaran baru muncul dan negara-negara membangun lain perlu berusaha untuk mendorong 'Selatan Global' menyatakan aspirasi bersama dalam hal ehwal antarabangsa," katanya.