Tinjauan CGTN: Kian Mendesak Tangani Perubahan Iklim
Satu tinjauan pendapat umum membabitkan 7,658 warganet dari 38 negara yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bersama Universiti Renmin China (RUC) mendapati sebanyak 90.3 peratus responden menyifatkan usaha menangani perubahan iklim sebagai satu perkara yang amat mendesak.
Dalam pada itu, masyarakat antarabangsa mesti membina konsensus dan mengambil lebih banyak tindakan yang praktikal.
Hasil tinjauan menunjukkan 90.4 peratus responden berpendapat bahawa kekerapan berlakunya cuaca ekstrem meningkat secara cepat pada beberapa tahun kebelakangan ini, manakala 87.3 peratus menganggap hal ini mencerminkan iklim sejagat semakin memburuk.
Sebanyak 80.8 peratus responden dari negara membangun mengatakan bahawa mereka sanggup memberi bayaran tambahan untuk produk mesra alam, 26.5 mata peratusan lebih tinggi berbanding mereka yang ditinjau dari negara maju.