Naib PM China Berucap pada Sidang Kemuncak Tindakan Iklim

2024-11-14 12:08:13  CRI
Share with:

Negara maju perlu menampilkan ambisi dan tindakan, menerajui dalam memenuhi kewajipan pengurangan pelepasan gas rumah hijau dan mengawalkan garis masa ke arah neutral karbon.

 

Demikian ujar Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang ketika berucap pada Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Pemimpin Dunia di Baku, Azerbaijan, Selasa.

 

Ding, selaku wakil khas Presiden Xi Jinping, merayu supaya negara maju meningkatkan sokongan kewangan dan pemindahan teknologi kepada negara membangun.

 

Beliau turut menambah negara membangun harus melakukan yang terbaik mengikut keupayaan diri berhubung tadbir urus iklim global.


Menurutnya, sasaran pembiayaan yang lebih bercita-cita tinggi diharap ditetapkan sempena sesi ke-29 Persidangan Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) atau COP29, supaya keyakinan dan jaminan dapat dibekalkan untuk tindakan iklim global pada peringkat seterusnya.