Perkembangan Perusahaan Mikro dan Kecil Berkat Kewangan Digital

2024-11-14 14:06:31  CRI
Share with:

Pada Forum Kewangan Inklusif Antarabangsa China (IFCFI) 2024 yang diadakan di Beijing, pelbagai instisuti kewangan telah memperkenalkan hasil penyelidikan dan amalan inovatif dalam bidang kewangan inklusif digital, yang semakin relevan dengan perusahaan mikro dan kecil dalam industri pertanian, pembuatan dan perkhidmatan, terutamanya dalam sektor pembangunan kawasan luar bandar dan perdagangan luar.


Perkhidmatan kewangan dari segenap aspek yang boleh dibebani kesemua lapisan dan golongan masyarakat, terutamanya golongan miskin dan yang berpendapatan rendah, dijadikan satu keutamaan dalam konsep "Kewangan Inklusif" yang dikemukakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia (WB) ketika mempromosikan "Tahun Kredit Berjumlah Kecil Antarabangsa" pada 2005. 


Dalam majlis perasmian forum terbabit, Ketua Pegawai Pelaburan Bank Pembangunan Afrika, Grace Kyokunda berkata, Afrika boleh mempelajari pengalaman China tentang teknologi mudah alih, dan menanti-nantikan kerjasama bilateral untuk menetapkan pelan penyelesaian kewangan digital yang menyasarkan kelompok rakyat yang kekurangan akses ke perkhidmatan berkenaan.