Tinjauan CGTN: Usaha China Majukan Tadbir Urus Iklim Global Dapat Pujian

2024-11-15 14:44:52  CRI
Share with:

Satu tinjauan pendapat umum membabitkan 7,658 warganet dari 38 negara yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bersama Universiti Renmin China (RUC) mendapati 83.5 peratus responden memuji usaha serta sumbangan China dalam memajukan tadbir urus iklim global.


Mereka menganggap tindakan proaktif China dalam menangani perubahan iklim menyuntik keyakinan dan kekuatan kepada sinergi ke arah membina dunia yang bersih dan indah.

Di mata 82.6 peratus responden, usaha China dalam membantu negara membangun menangani perubahan iklim adalah positif.

Sebanyak 82.7 peratus responden pula berpendapat China telah menyumbang kebijaksanaan dan penyelesaian kepada tadbir urus iklim global.