Hantaran Kargo melalui Rel China-Eropah Catat 11 Juta TEU
2024-11-15 16:39:52 CRI
Rel China-Eropah melakukan perjalanan melebihi 100,000 setakat Jumaat dengan hantaran kargo sebanyak 11 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) yang bernilai USD420 bilion (RM1.87 trilion).
Menurut China Railway, dari 2016 hingga 2023, larian tahunan tren berkenaan meningkat hampir 10 kali ganda daripada 1,702 kepada 17,000.
Dilaporkan, tren X8083 yang sarat dengan muatan kargo bertolak dari Chongqing menuju ke Duisburg, Jerman pada pukul 10.20 pagi Jumaat.