Jelajahi Zon Paksi Tengah Bandar Beijing yang Berunsurkan Budaya Tradisional
Baru-baru ini, aktiviti "Jelajahi Zon Paksi Tengah" anjuran Biro Kebudayaan dan Pelancongan Daerah Xicheng Bandar Beijing telah dilancarkan.
Zon Paksi Tengah bandar Beijing yang sepanjang 7.8 kilometer itu, menjangkau Menara Dram dan Menara Loceng di sebelah utara, dan Pintu Gerbang Yongding di sebelah selatan, dan merupakan yang paling terpelihara di dunia pada aspek landskap kota yang bersejarah.
Sebagai satu warisan dunia yang tersenarai oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah item "karya cemerlang susun atur ibu kota yang ideal di China" pada bulan Julai tahun ini, Zon Paksi Tengah Bandar Beijing yang terdiri daripada 15 tapak warisan dan tinggalan sejarah itu pernah menyaksikan pembangunan dan perubahan Beijing dalam tempoh masa lebih 700 tahun.
Sebanyak 8 laluan pelancongan yang diwartakan dalam aktiviti tersebut melibatkan empat untuk berbasikal dan empat lagi untuk citywalk, yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Kesemua laluan yang berteraskan Paksi Tengah tersebut, merangkumi sumber budaya dan pelancongan yang paling terkenal di daerah Xicheng bandar Beijing, seperti Terusan Besar, opera tradisional, kedai Jenama Tradisional Beijing , warisan budaya tidak ketara dan premis persembahan kesenian, yang dilihat boleh membantu para pelancong mendapat pengalaman yang mengujakan setelah menjelajah di landskap yang bersejarah di sebalik zaman moden sekarang ini.