Xi Bertemu Presiden Peru

2024-11-15 12:52:08  CRI
Share with:

China dan Peru harus bersinergi untuk menggalakkan integrasi rantaian perindustrian dan bekalan.


Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa pertemuan bersama rakan sejawatnya dari Peru Dina Boluarte di Istana Presiden di Lima pada Khamis.

 

Xi berkata dua negara harus menyempurnakan reka bentuk peringkat atas, memperkukuh 'pacuan dua roda' iaitu perdagangan dan pelaburan serta memajukan industri tradisional dan industri baru muncul secara serentak.


Beliau turut menzahirkan kesediaan China untuk bekerjasama dengan Peru dalam usaha membina koridor darat-laut baharu antara China dengan Amerika Latin yang menjadikan Pelabuhan Chancay sebagai titik permulaan.


Xi menambah koridor yang menghubungkan Inca Trail dengan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 itu akan membuka jalan kemakmuran bersama untuk Peru dan negara Amerika Latin dan Caribbean yang lain.