Presiden China, Peru Rasmikan Pelabuhan Chancay
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Peru, Dina Boluarte telah menghadiri majlis perasmian Pelabuhan Chancay menerusi pautan video di Istana Presiden di sini pada malam Khamis.
Dalam ucapan tahniah, Xi menyifatkan pelabuhan air dalam Chancay sebagai yang pertama di Amerika Selatan yang dilengkapi operasi pintar dan mesra alam, dan peluang kerja dalam bilangan besar berkat beroperasinya dipercayai akan membawa manfaat yang luar biasa kepada Peru, yang turut boleh memperkukuh kedudukannya sebagai hab pengangkutan darat-laut yang berperanan memudahkan ketersambungan antara benua Asia dengan Amerika Latin.
"Kita berusaha bersama membina, mengurus dan mengoperasikan Pelabuhan Chancay dengan baik, menggalakkan perkembangan kluster industri terbabit melalui perdagangan dan logistik menyusuri laluan ini, menyasarkan pembangunan bersama entiti ekonomi di pantai Pasifik, meneroka potensi yang lebih luas untuk sama menang, agar menjadikan rakyat di pelbagai negara terbabit semakin relevan dengan hasil yang dicapai," kata Xi lagi.
Terletak di Teluk Chancay yang sejauh 80 kilometer dari utara Lima di pantai Pasifik benua Amerika Selatan, Pelabuhan Chancay merupakan salah satu projek utama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan.
Dengan adanya pelabuhan Chancay yang mula beroperasi untuk fasa pertama, masa pengangkutan perkapalan Peru-China boleh dipendekkan kepada 23 hari, kos logistik dijimatkan lebih 20 peratus, dan Peru boleh menjana pendapatan USD4.5 bilion (RM20.1 bilion) setahun sekaligus mendapat lebih 8,000 peluang kerja secara langsung.