Perikatan Kumpulan Pemikir Selatan Global Ditubuh

2024-11-15 11:38:07  CRI
Share with:

Perikatan Kumpulan Pemikir Selatan Global dilancarkan secara rasmi di Nanjing, provinsi Jiangsu pada Khamis sempena perasmian Dialog Kumpulan Pemikir Selatan Global edisi kedua.


Penubuhan perikatan itu antara saranan penting diajukan Presiden Xi Jinping semasa dialog pemimpin 'BRICS+' di Kazan, Rusia dengan tujuan mempergiat pertukaran sesama rakyat serta perkongsian pengalaman tadbir urus dalam kalangan negara Selatan Global.


Ia menyasar membina rangkaian perkongsian kumpulan pemikir Selatan Global yang lebih erat dan menyumbang lebih banyak kebijaksanaan kepada sinergi Selatan Global untuk maju ke hadapan. 


Perikatan berkenaan dilancarkan oleh Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC) bersama Kumpulan Media China (CMG), Akademi Sains Sosial China (CASS), Universiti Tsinghua, Universiti Fudan, Universiti Renmin China serta lebih 200 kumpulan pemikir dan universiti dari dalam dan luar negara.