Xi Tiba di Lima untuk Mesyuarat APEC, Lawatan Rasmi ke Peru
Presiden China Xi Jinping tiba di Lima pada petang Khamis waktu tempatan untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 serta membuat lawatan rasmi ke Peru.
Dalam ucapan bertulis sejurus tiba di lapangan terbang, Xi menzahirkan keyakinan bahawa dengan usaha bersama kedua-dua pihak, lawatan kali ini akan membawa perkongsian strategik komprehensif China-Peru ke tahap baharu, sekali gus menjana lebih banyak hasil dalam kerjasama pragmatik.
Beliau juga menyuarakan hasrat bersinergi dengan semua pihak terlibat untuk mendorong AELM memberi sumbangan baharu kepada usaha membina ekonomi terbuka Asia Pasifik, memacu pertumbuhan ekonomi global dan mewujudkan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik.