Xi Utus Tahniah Persidangan Bahasa Cina Sedunia

2024-11-16 12:53:35  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Persidangan Bahasa Cina Sedunia 2024 serta ulang tahun ke-20 penubuhan Institut Confucius pada Jumaat.


Xi berkata bahasa Cina yang menyerlahkan kebijaksanaan tamadun bangsa China selama beribu-ribu tahun, merupakan produk budaya awam penting disumbangkan negara Tembok Besar kepada dunia. 


Adalah menjadi tanggungjawab China untuk menyokong dan memudahkan masyarakat antarabangsa dalam menjalankan pendidikan bahasa Cina, tambah beliau.


Xi berharap persidangan berkenaan meneruskan usaha untuk membina jambatan ketersambungan bahasa, persefahaman dan saling percaya serta saling belajar sesama tamadun, sekali gus memberi sumbangan lebih besar ke arah membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.


Persidangan Bahasa Cina Sedunia 2024 anjuran Kementerian Pendidikan China (MOE) dijadual berlangsung di Beijing bermula Jumaat hingga Ahad.


Persidangan itu dihadiri lebih 2,000 pegawai kerajaan, pengetua sekolah, pakar dan sarjana, wakil guru dan pelajar serta diplomat dari lebih 160 negara dan wilayah. 

播放地址不存在