Xi Bertemu PM Thailand

2024-11-16 13:14:08  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping bertemu Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 di Lima, Peru pada Jumaat.


Xi menyatakan China dan Thailand akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dan 'Tahun Keemasan Persahabatan' pada tahun depan.


China sedia bersinergi dengan Thailand untuk menyemarakkan persahabatan tradisional, mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan, memperdalam perkongsian pengalaman tadbir urus negara, menggalakkan kerjasama saling untung, bantu-membantu dalam usaha pemodenan sekali gus memajukan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.

Beliau menekankan perlunya mempercepat pembinaan landasan kereta api China-Thailand, memperluas kerjasama dalam bidang memuncul seperti tenaga baharu, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), di samping meningkatkan pertukaran dan kerjasama melibatkan budaya, pendidikan, belia dan sebagainya.  


Beliau turut meluahkan hasrat China ingin mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dengan Thailand dalam pelbagai mekanisme multilateral seperti Kerjasama Lancang-Mekong (LMC), ASEAN, BRICS dan APEC.