Tinjauan CGTN: Nantikan 'Model Peru' untuk Kerjasama Selatan Global
Satu tinjauan soal selidik membabitkan 1,111 warga Peru mendapati semua responden berharap 'model Peru' diwujudkan untuk hubungan China-Amerika Latin serta kerjasama bertaraf tinggi di kalangan negara Selatan Global.
Tinjauan itu dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) bersama Pusat Pengajian Tinggi Nasional Peru melalui Institut Penyelidikan Komunikasi Antarabangsa Era Baharu.
Dalam tinjauan itu, para responden menghargai pencapaian diperoleh dalam kerjasama praktikal China-Peru dan menantikan kolaborasi dua negara terus diperkasa pada masa hadapan.
Di mata 86.1 peratus responden, Peru memperoleh banyak manfaat daripada hubungan perdagangan dengan China.
Sebanyak 93 peratus responden menganggap pasaran China menawarkan peluang pembangunan besar untuk Peru dan negara Amerika Latin lain.
Sementara itu, 75.2 peratus responden berpendapat bahawa usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) membawa kesan positif kepada pembangunan sosioekonomi negara-negara Amerika Latin.