China Tuan Rumah Sidang Kemuncak APEC 2026
2024-11-17 15:03:30 CRI
China bakal menjadi tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) pada 2026.
Ini merupakan kali ketiga negara Tembok Besar menghoskan sidang kemuncak berkenaan selepas 2001 dan 2014.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) berkata China sentiasa mengutamakan kerjasama Asia Pasifik dan akan mengukuhkan komunikasi dan kolaborasi dengan semua pihak mengenai persiapan mesyuarat edisi 2026.
China sedia bersinergi dengan pihak terbabit dalam melaksanakan Visi Putrajaya 2040, menggerakkan pembinaan komuniti dan zon perdagangan bebas Asia Pasifik, serta menyuntik momentum baharu kepada pertumbuhan ekonomi serantau dan dunia.