Santapan Minda: Insan Budiman Sanggup Bantu Orang Lain Maju Bersama
Bilamana inginkan kemajuan diri,
insan budiman sanggup bantu orang lain maju bersama;
Bilamana inginkan kejayaan dikecapi,
insan budiman ikhtiar bawa orang lain gerak seiringan.
Tafsiran:
Dipetik daripada Lunyu (The Analects of Confucius), kata-kata hikmat ini menonjolkan satu nilai moral yang dijunjung Confucius (551-479SM) iaitu sikap bertimbang rasa serta memahami perasaan dan aspirasi orang lain.
Ia membawa erti bahawa apabila mahu memajukan diri dan mengecapi kejayaan, seseorang insan berbudi luhur akan membantu orang lain bergandingan maju ke hadapan.
Presiden Xi Jinping ketika berucap pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 di Peru memetik mutiara kata ini sebagai berkata semua pihak dialu-alu terus memanfaatkan pembangunan China dan berusaha bersama ke arah mewujudkan modenisasi negara-negara di dunia yang berlandaskan pembangunan damai, kerjasama saling untung dan kemakmuran bersama.