Aktiviti Pertukaran Budaya China-Peru Dilancar di Lima
Aktiviti pertukaran budaya China-Peru diadakan di Lima pada Jumaat sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31.
Aktiviti itu dianjurkan Kumpulan Media China (CMG) bersama Pejabat Komunikasi Strategik dan Setiausaha Penerangan Istana Presiden Peru serta Institut Radio dan Televisyen Nasional Peru.
Presiden Peru Dina Boluarte berkata aktiviti berkenaan merupakan medium untuk memaparkan legasi budaya Peru dan China, sekali gus menjadi saksi kepada persahabatan dan kerjasama dua negara.
Beliau yakin bahawa aktiviti itu akan memperkukuh interaksi dan saling belajar sesama tamadun serta mendatangkan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Presiden CMG Shen Haixiong menyatakan dengan mempunyai 81 jenis bahasa yang diguna dalam penyiaran antarabangsa serta 200 biro di luar negara, CMG akan mengoptimumkan kelebihan sendiri untuk membantu negara Selatan Global memperkuat suara di pentas dunia.
Aktiviti itu turut menyaksikan CMG menjalin kerjasama dengan Kumpulan Penerbit Nasional Peru, Universiti San Martin de Porres dan Pusat Pengajian Tinggi Nasional Peru membabitkan perkongsian berita, pertukaran akademik, penyelidikan kumpulan pemikir dan sebagainya.