Xi Sampai Ucaptama Sempena AELM ke-31

2024-11-17 13:40:04  CRI
Share with:


Negara Asia Pasifik perlu memperkasa solidariti dan kolaborasi serta menggalas tanggungjawab untuk memajukan pembinaan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik, sekali gus mencipta era baharu dalam pembangunan rantau.


Demikian ujar Presiden China Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptama dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 yang berlangsung di Lima, Peru pada pagi Sabtu waktu tempatan.


Beliau menyarankan usaha dilakukan untuk membentuk paradigma kerjasama Asia Pasifik yang terbuka dan tersambung, memupuk momentum pertumbuhan yang hijau dan inovatif, serta menegakkan konsep pembangunan yang inklusif dan menguntungkan semua.

Beliau berkata China sentiasa berusaha mendorong pembaharuan menerusi keterbukaan, dan proaktif menyelaraskan diri dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang berpiawaian tinggi.


China sedang membangunkan kuasa produktif kuasa baharu dan terus memperdalam kerjasama dengan pelbagai pihak melibatkan inovasi hijau.


Menurut beliau, China akan menyiarkan Inisiatif Kerjasama Aliran Data Rentas Sempadan Global dan bersedia bersinergi untuk menggalakkan aliran data rentas sempadan yang efisien, mudah dan selamat.


China juga akan menggerakkan pelbagai inisiatif melalui platform APEC antaranya meningkatkan pendapatan penduduk dan menggalakkan pembangunan kluster perusahaan kecil dan sederhana (PKS) demi menyumbang kepada pembangunan ekonomi Asia Pasifik yang inklusif dan menguntungkan semua.


Xi menyatakan China akan menjadi tuan rumah APEC 2026 dan berhasrat bersinergi dengan semua pihak terlibat untuk memperkasa kerjasama Asia Pasifik sehingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat serantau.


Tambah beliau, China mengalu-alukan semua pihak terus memanfaatkan pembangunan China dan berusaha bersama ke arah mewujudkan modenisasi negara-negara di dunia yang berlandaskan pembangunan damai, kerjasama saling untung dan kemakmuran bersama.