Kontrak Bernilai Lebih RMB280 Termeterai dalam CIAAE Ke-15
2024-11-18 15:12:04 CRI
Perjanjian kerjasama bernilai RMB285.6 bilion (RM177 bilion) yang merangkumi 1,195 buah kapal terbang telah ditandatangani pada Ekpo Penerbangan dan Angkasa Lepas Antarabangsa China (CIAAE) yang menutup tirainya di bandar Zhuhai, provinsi Guangdong pada Ahad.
Sebanyak 261 pesawat dan 248 kelengkapan dari 1,022 syarikat di 47 buah negara dan rantau yang dipamerkan dalam pameran berlangsung selama enam hari itu, telah menarik kehadiran 590,000 orang pengunjung.