Artikel Presiden Xi Disiarkan di Media Brazil
Sempena menghadiri Sidang Kemuncak ke-19 Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro dan mengadakan lawatan rasmi ke Brazil, Presiden Xi Jinping mengarang artikel berjudul "A Friendship Spanning Vast Oceans A Voyage Toward a Brighter Shared Future" yang disiarkan melalui akhbar Brazil, Folha de S. Paulo, pada Ahad.
Beliau menzahirkan keyakinan bahawa Sidang Kemuncak G20 di Rio de Janeiro pasti dapat membuahkan hasil memberangsangkan dan meninggalkan "kesan Brazil" yang signifikan dalam sejarah G20.
Xi berkata beliau menantikan berusaha bersama-sama Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva supaya menerajui hubungan China-Brazil menuju ke fasa bahara 'jubli emas 50 tahun', dan membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih adil dan mampan.
Dalam artikel itu, Xi berkata, Brazil merupakan negara pertama yang menjalin perkongsian strategik dengan China, dan juga negara Amerika Latin pertama yang mewujudkan perkongsian strategik komprehensif dengan negara Tembok Besar ini.
Pada masa sama, China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Brazil selama 15 tahun berturut-turut dan antara salah satu negara sumber pelaburan asing yang utama bagi Brazil.
Terdahulu, China dan Brazil mengeluarkan 'enam konsensus' mengenai penyelesaian krisis Ukraine secara politik, yang mendapat sambutan positif daripada masyarakat antarabangsa.