Perkhidmatan Kurier China Buat Kali Pertama Cecah 150 Bilion Item

2024-11-18 13:44:07  CRI
Share with:

Perangkaan dari Biro Pos Negara China menunjukkan bahawa perkhidmatan kurier buat kali pertama mencecah 150 bilion item di negara ini setakat 17 November.

Pada tahun ini, pasaran penghantaran ekspres yang kekal makmur dan proaktif di China sangat kondusif bagi peningkatan kecekapan dan kelancaran dalam pengoperasian ekonomi terutamanya ekonomi sebenar.

Perkembangan pasaran penghantaran ekspres yang mampan tidak terlepas dari pelaksanaan dasar makro yang menggalakkan, perancangan yang semakin diperhalusi, rangkaian perkhidmatan yang berkecekapan tinggi, serta penggunaan aplikasi teknologi pintar yang kian popular.