Inisiatif China Martabatkan Asia Pasifik Lokomotif Ekonomi Global
"Sebagai tuan rumah bagi APEC 2026, China menanti-nantikan bersama dengan pelbagai negara memperdalam kerjasama Asia Pasifik demi kesejahteraan rakyat," kata Presiden China, Xi Jinping dalam Mesyuarat Tidak Rami Pemimpin APEC Ke-31 pada Sabtu.
Sejak China menjadi tuan rumah APEC seawal tahun 2013, Xi pernah berkali-kali memaparkan anjuran bagi membentuk komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik di arena antarabangsa.
Pada masa sekarang ini yang merupakan detik bersejarah, Xi membawa lagi inisiatif China dengan menegaskan, momentum globalisasi ekonomi kekal kuat dan dorongannya lebih kuat daripada halangannya. Negara-negara di dunia diharap menggalakkan globalisasi ekonomi yang melambangkan satu fasa baharu di mana lebih dinamik, inklusif dan lestari. Ungkapan Xi tersebut dilihat sebagai panduan bagi perkembangan globalisasi ekonomi, dan juga perangsang bagi Asia Pasifik memperkukuh keyakinan untuk memartabatkan kedudukan sebagai lokomotif dalam globalisasi ekonomi.
Pada Sidang Kemuncak APEC kali ini, Xi mengusul dari tiga aspek, iaitu meningkatkan ketersambungan dalam membentuk landskap kerjasama Asia Pasifik yang terbuka, membina enjin pertumbuhan Asia Pasifik yang hijau dan inovatif, serta mengamalkan konsep pembangunan Asia Pasifik yang inklusif dan universal.
Sementara itu, China juga komited untuk mempergiatkan usaha membantu rakyat meningkatkan pendapatan, dan mendorong perkembangan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) dalam kerangka APEC yang dipercayai sangat relevan dengan kesejahteraan rakyat, keadilan masyarakat, dan perkembangan inklusif ekonomi serantau.
Selain itu, Xi juga menekankan bahawa hendaklah memacu inovasi sains dan teknologi, memanfaatkan peranan teknologi baharu terutamanya Kecerdasan Buatan (AI), dan menyuntik kedinamikan kepada ekonomi dunia dengan revolusi teknologi pusingan baharu. Sehubung itu, China mengumumkan akan menyiarkan Inisiatif Kerjasama Aliran Data Global pada masa terdekat.
"China akan memperdalam pembaharuan, mendorong pembangunan berkualiti, menjunjung konsep pembangunan hijau, meningkatkan tahap keterbukaan dari segi institusi, membawa manfaat kepada Asia Pasifik dengan perkembangan negara sendiri di samping menyuntik kedinamikan kepada pertumbuhan ekonomi global," kata Xi.
Dengan itu, pelbagai anggota APEC boleh diharap bersama-sama mengharumkan nama blok itu yang berkonsepkan 'terbuka dan inklusif', dan mencetuskan fenomena yang mesra alam dan pendigitalan pada era baharu ini, yang boleh dijadikan permulaan bagi merealisasikan "tiga dekad emas" selanjutnya.