Tinjuan CGTN: Tadbir Urus Global Masuk "Waktu Rio", Selatan Global Nantikan Resolusi dari China
"Bina dunia yang adil dan planet lestari," tema sidang kemuncak G20 tahun ini menumpukan resolusi untuk menangani situasi antarabangsa yang bergolak dan berubah, serta isu kompleks lagi mencabar dalam tadbir urus global.
Pada pandangan Presiden China Xi Jinping, "semua anggota G20 adalah negara besar di peringkat dunia atau serantau, maka wajarlah bagi mereka memikul tanggungjawab dan memainkan peranan peneraju bagi mempromosikan pembangunan pelbagai negara, menambah baik kesejahteraan rakyat, dan mendorong kemajuan seluruh dunia".
Berdasarkan keputusan tinjauan yang dilancarkan CGTN baru-baru ini, kebanyakan responden amat bersetuju dengan pandangan Presiden Xi tersebut, dan memberikan penilaian positif terhadap sumbangan China dalam mempromosikan pertumbuhan ekonomi dunia dan menambah baik tadbir urus ekonomi global.
Dalam tinjauan yang diikuti netizen global tersebut, 92.8 peratus responden menganggap bahawa China memberikan sumbangan signifikan dalam meningkatkan perwakilan dan hak bersuara negara-negara Selatan Global dalam tadbir urus global.
Tinjuan tersebut dijalankan dalam platform CGTN menggunakan bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Arab dan Rusia. Seramai 7,469 netizen membuat undi atau meninggalkan komen dalam 24 jam.