Projek Saluran Gas Asli China-Rusia Laluan Timur Siap Dibina
2024-11-18 12:36:15 CRI
Pipe China mengeluarkan maklumat hari ini bahawa projek saluran gas asli China-Rusia laluan timur sebagai nadi utama negara ini dalam bidang sumber tenaga, sudah siap dibina dan berada pada fasa terakhir menjelang operasi rasmi.
Saluran yang panjangnya 5,111 km itu menjangkau bandar Heihe provinsi Heilongjiang di utara dan bandar Shanghai di selatan, dan berkapasiti membekalkan gas asli yang stabil sebanyak 38 bilion meter padu ke tiga provinsi Timur Laut China, bandar Beijing, bandar Tianjin, provinsi Heibei dan kawasan Delta Sungai Yangtze, yang cukup untuk memenuhi keperluan penggunaan gas 130 juta isi rumah bagi tempoh setahun.