7 Inspirasi Demi Perkembangan Hubungan China-AS
Presien China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden telah mengadakan pertemuan di Lima, Peru pada Sabtu lalu waktu tempatan.
Dalam pertemuan yang berlangsung selama kira-kira 1 jam 45 minit itu, pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan komunikasi yang ikhlas, mendalam dan membina melibatkan hubungan kedua-dua pihak serta isu antarabangsa dan serantau.
Xi menegaskan bahawa terdapat 7 inspirasi yang dicetuskan dalam perkembangan hubungan China-AS dalam empat tahun yang lalu, dan China akan terus mengutamakan "empat perkara" dalam mengukuhkan kestabilan dalam hubungan bilateral menerusi dialog, penerokaan kerjasama dan mengawal perselisihan daripada merebak.
Kedua-dua pihak turut secara terus terang mengadakan perbincangan tentang perselisihan yang wujud pada masa ini.
Xi telah menerangkan pendirian dan prinsip China dalam pelbagai isu utama. Joe Biden pula mengulangi komitmen AS yang tidak akan menimbulkan "Perang Dingin Baharu" terhadap China dan tidak menyokong "kemerdekaan Taiwan".
7 inspirasi disebut Xi tersebut adalah seperti berikut, perlu memupuk kesedaran strategik yang tepat, menunaikan yang sudah dijanjikan, membuahkan hasil yang setimbal dengan tindakan, menekankan kesamarataan dalam pergaulan, tidak boleh mencabar untuk menginjak garis merah, memperbanyakkan kerjasama dan dialog, mengambil kira hasrat rakyat dan memikul tanggungjawab yang setimbal dengan negara kuasa besar.
Kesemua itu sebenarnya juga merupakan kesimpulan dan pengalaman bagi China dan AS yang menjalinkan hubungan diplomatik pada 45 tahun lalu, dengan melibatkan pelbagai perkara utama seperti pandangan AS terhadap China, bagaimana mengekalkan kesamarataan dalam pertukaran, bagaimana mengawal perselisihan dan bersama-sama memikul tanggungjawab dalam senario global. Boleh dikatakan juga bahawa kesemua ini adalah hala tuju bagi perkembangan hubungan China-AS.
Dalam pertemuan kali ini, Xi menegaskan bahawa China konsisten dalam memperjuangkan matlamat mendorong hubungan China-AS berkembang ke arah yang stabil, sihat dan berterusan, mengamalkan prinsip saling menghormati, hidup secara damai, bekerjasama dan menang-menang, tidak berganjak dari melindungi kedaulatan, keselamatan, hak dan kepentingan pembangunan di negara sendiri, dan tetap berhasrat untuk terus menyuburkan persahabatan tradisional dalam kalangan rakyat.
"Empat perkara" yang ditegaskan Xi itu memperlihatkan China berikrar memikul tanggungjawab untuk melindungi hak dan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara dan keamanan serta pembangunan dunia.
Sementara itu, pemimpin kedua-dua negara China dan AS juga memastikan peri pentingnya untuk menghadapi risiko yang dibawa sistem AI, membuat keputusan tentang hak guna senjata nuklear perlu dipegang di tangan manusia, dan menegaskan pembangunan dan penggunaan teknologi AI dalam bidang ketenteraan perlu berdasarkan sikap yang serius dan bertanggungjawab.
Jelasnya, China dan AS patut menggalas tanggungjawab yang istimewa dalam melindungi keamanan dunia dan mendorong pembangunan bersama, sehingga dapat terus menyuntik kepastian dan tenaga positif kepada landskap dunia yang penuh dengan pergolakan pada masa kini.