Xi Tiba di Rio de Janeiro untuk Sidang Kemuncak G20 dan Lawatan Rasmi
Presiden China Xi Jinping tiba di Rio de Janeiro pada petang Ahad waktu tempatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-19 serta membuat lawatan rasmi ke Brazil.
Presiden Xi dalam ucapan bertulis yang disampaikan di lapangan terbang mengucapkan salam ikhlas dan memberi restu kepada kerajaan dan rakyat Brazil.
Xi menyatakan bahawa kedua-dua negara telah merayakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada tahun ini, dan beliau menanti-nantikan bertukar-tukar pendapat dengan Presiden Luiz Inácio Lula dengan memanfaatkan saat yang bersejarah ini untuk terus mendorong hubungan dua hala dan mempertingkat penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing serta isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan bersama.
Beliau yakin lawatan kali ini pasti akan membantu kedua-dua negara memupuk rasa saling percaya dari segi strategik, serta memperdalam pertukaran dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, malah menjadi permulaan bagi "lima dekad emas" selanjutnya dalam perkembangan hubungan bilateral.
Xi menambah, beliau juga berharap dalam Sidang Kemuncak G20 bersinergi dengan pelbagai pihak terlibat membincangkan isu pembangunan, menggalakkan multipolariti yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan universal, mendorong G20 selaku platform penting terus memainkan peranan yang lebih besar dalam kerjasama ekonomi antarabangsa.