CMG, Kementerian Kebudayaan Brazil Meterai Memorandum Kerjasama
Kumpulan Media China (CMG) dan Kementerian Kebudayaan Brazil menandatangani memorandum kerjasama di Rio de Janeiro, pada Isnin waktu tempatan.
Kedua-dua pihak mencapai persetujuan dalam bidang penghasilan program audio-visual, laporan mengenai warisan budaya, serta pertukaran kakitangan dan teknikal.
Presiden CMG, Shen Haixiong dan Menteri Kebudayaan Brazil, Margareth Menezes mewakili kedua-dua pihak menandatangani perjanjian berkenaan.
Shen menyatakan bahawa di bawah bimbingan strategik Presiden Xi Jinping dan Presiden Lula da Silva, kerjasama pragmatik antara China dengan Brazil dalam pelbagai bidang membuahkan hasil cemerlang, sementara membawakan hubungan kedua-dua negara menuju ke "50 tahun jubli emas" yang akan datang.
Beliau berkata, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, CMG secara proaktif bekerjasama dengan pelbagai kalangan Brazil, berjaya menjalinkan hubungan kerjasama dengan beberapa badan media dari Brazil, serta mengadakan kempen "Musim Pameran Program Filem dan Televisyen China" di Brazil. Selain itu, banyak karya filem dan televisyen terbitan CMG ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rio hingga memberi sumbangan positif untuk merapatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua.