Xi Bertemu Presiden Mexico
Presiden China Xi Jinping bertemu rakan sejawatnya dari Mexico Claudia Sheinbaum Pardo sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-19 di Rio de Janeiro, Brazil pada petang Isnin waktu tempatan.
Xi berkata China dan Mexico yang menikmati tradisi persahabatan perlu terus meningkatkan pertukaran, menyemarakkan persahabatan, memperkasa kerjasama pragmatik dengan memanfaatkan kelebihan ekonomi yang saling melengkapi, sekali gus mendorong perkembangan hubungan bilateral secara menyeluruh pada era baharu.
China bersedia bersinergi dengan Mexico untuk menegakkan multilateralisme dan keadilan antarabangsa serta menyuntik tenaga positif kepada pembangunan ekonomi dunia.
Sheinbaum pula berkata Mexico bersedia berusaha bersama China untuk meneroka peluang yang berpotensi sambil memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang.