Xi Bertemu PM Britain

2024-11-19 11:43:16  CRI
Share with:


China dan Britain selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan entiti ekonomi utama dunia, memikul tanggungjawab untuk memacu pembangunan negara masing-masing serta menangani cabaran global.


Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping ketika bertemu dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer sempena Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Rio de Janeiro, Brazil pada pagi Isnin waktu tempatan.


Xi berkata kedua-dua pihak perlu mengekalkan orientasi perkongsian strategik dengan memegang prinsip saling hormat, kerjasama terbuka dan saling belajar ke arah mewujudkan situasi sama menang.


Sementara itu, Starmer menyifatkan hubungan yang kukuh antara Britain dengan China amat penting bagi kedua-dua negara. 


Beliau turut menyuarakan hasrat pihaknya untuk mengukuhkan dialog dengan China dan meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.